suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lempang jururawat, berang isteri dihalang bawa anak kecil masuk wad

Pesakit dan pelawat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak hospital. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak menampar seorang jururawat kerana berang selepas dihalang daripada membawa anak kecilnya masuk ke dalam wad hospital. 

Insiden tersebut mendapat perhatian warga maya selepas kakak kepada jururawat berkenaan membuat hantaran di media sosial pada Isnin, menceritakan kejadian yang menimpa adiknya. 

Dalam catatan susulan, wanita berkenaan yang juga jururawat di hospital yang sama berkata, adiknya memberi teguran kepada seorang ahli keluarga pesakit supaya tidak membawa anak kecilnya ke wad. 

Individu itu dilaporkan memberitahu suaminya tentang teguran berkenaan yang menyebabkan lelaki tersebut marah.

Suami individu itu kemudian pergi ke kaunter jururawat dan menampar muka adiknya sebanyak dua kali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hospital Rayong, Thailand.

Pihak hospital melaporkan kejadian itu kepada polis, tetapi lelaki tersebut mempertahankan tindakannya dan menuduh jururawat yang berkenaan memberi teguran yang kasar terhadap isterinya.

Sementara itu, jururawat berkenaan pula berkata, tindakannya membuat teguran adalah atas dasar keselamatan.

Dia dilaporkan mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut. -Agensi

Artikel Lain