suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat wanita dijumpai di belakang pasar dipercayai dibunuh, kali terakhir dilihat bersama teman lelaki

Mayat wanita ditemukan di belakang pasar. Foto OkezoneNews

SEKUMPULAN peniaga di sebuah pasar digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita di belakang tempat mereka berniaga, pada Ahad.

Punca kematian mangsa berusia 28 tahun itu masih belum diketahui, namun penduduk mengesyaki mangsa dibunuh.

Seorang penduduk berkata, mangsa pertama kali dilihat melalui kebun di belakang pasar berkenaan.

Kejadian berlaku di Kabupaten Purwakarta, Jawa Barat di Indonesia.

Ketika ditemukan, mayat wanita itu masih kelihatan baharu tidak mengeluarkan bau busuk. Mangsa memakai baju bercorak bunga dan seluar panjang hitam.

"Mereka berkata, malam tadi ada orang melihat mangsa bersama teman lelakinya.

"Mungkin sesuatu berlaku dan dia dibunuh," kata seorang penduduk, Dede, 37, di lokasi kejadian.

Polis kini menjalankan siasatan susulan penemuan mayat berkenaan. -Agensi

Artikel Lain