suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat cari jodoh terbantut, wanita lahir dengan dua faraj tutup aplikasi dating... Rimas diganggu lelaki gatal!

Annie terpaksa menutup akaun di aplikasi temu janji kerana sering diganggu lelaki miang.

SEORANG wanita yang memiliki dua faraj mendedahkan dia sering menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut Annie Charlotte, 26, ramai lelaki menghantar mesej lucah kepadanya menerusi aplikasi temu janji.

Lebih menyedihkan, Annie berkata terdapat lelaki yang mengajaknya untuk melakukan seks secara berkumpulan.

"Ini membuatkan saya rasa sangat teruk. Orang hanya melihat saya sebagai objek seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik lahir dengan dua alat sulit berbeza, nekad tak mahu jalani pembedahan

"Mereka hantar mesej dan panggil saya sebagai perempuan dua faraj," kata wanita dari Surrey, England itu.

Ekoran gangguan berterusan, Annie sudah menutup akaun di aplikasi temu janji, namun dia tidak berputus asa untuk mencari pasangan.

Dalam pada itu, Annie berkata dia hanya menyedari dilahirkan dengan uterus didelphys ketika berusia 16 tahun.

Uterus didelphys adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku apabila wanita dilahirkan dengan dua uterus, dua serviks, dan kadang-kadang dua faraj. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain