suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Lelaki patahkan tulang, benam kepala teman wanita dalam sungai

Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, pendarahan dalam otak serta retak dan patah tulang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak membenamkan kepala teman wanitanya ke dalam sungai hingga mati.

Tertuduh juga mematahkan tulang mangsa yang sedang bergelut ketika dilemaskan.

Perbuatan kejam itu berlaku di Derwent Malton, North Yorkshire di United Kingdom.

Susulan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Tertuduh yang merupakan bekas penagih dadah dan ketagih alkohol mempunyai 47 rekod jenayah lampau termasuk menyerang seorang pegawai polis.

Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, pendarahan dalam otak, retak tulang dan tulang selangka serta patah tulang femur.

Kejadian itu disedari oleh orang awam yang melihat mangsa berada dalam kesakitan di atas rumput, dekat sungai.

Saksi cuba meminta bantuan daripada rakan lain, namun ketika tiba di tempat kejadian, tertuduh dilihat sedang melemaskan mangsa ke dalam sungai.

Saksi kemudian segera menyelamatkan mangsa dengan menariknya keluar dari sungai.

Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain