SEORANG bapa ditemukan maut ketika sedang berusaha mencari anak perempuannya yang hilang selama lebih dua minggu. Anak mangsa, Hannah Kobayashi berusia 30 tahun, dilaporkan hilang di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas dikatakan terlepas penerbangan sambungan dari Maui ke New York pada 8 November lalu. Dilaporkan, Kobayashi, 58, ditemukan maut di sebuah tempat letak kereta dekat lapangan terbang. Bedah siasat mendapati punca kematian adalah bunuh diri, yang disebabkan oleh beberapa kecederaan traumatik akibat objek tumpul. Hannah dilaporkan hilang sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angesles (LAX) pada 8 November lalu. Penyiasat mendakwa rakaman keselamatan dari sempadan berhampiran Tijuana, kira-kira 233 kilometer (km) dari LAX, menunjukkan dia masih hidup antara 12 dan 13 November, sehari selepas kehilangannya dan 11 hari sebelum bapanya membunuh diri. Menurut Polis Los Angeles (LAPD), rakaman tersebut menunjukkan Hannah melintasi sempadan dengan berjalan kaki. Hannah kemudian pergi ke Union Station pada 11 November lalu dan menggunakan pasportnya untuk membeli tiket bas ke sempadan. LAPD berkata, tiada bukti perdagangan manusia atau jenayah, hanya menggangap bahawa Kobayashi ingin menjalani kehidupan yang lebih biasa. Usaha mencari Hanna sedang berjalan. Sebagai peringatan, tindakan membunuh diri adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube