suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar pengurus pusat pemulihan dadah belasah, tampar pemuda tanpa sebab... Rakaman CCTV dedah situasi sebenar

Rakaman CCTV jelas menunjukkan detik kejadian. - Gambar agensi

TULAR video di platform media sosial memaparkan seorang pengurus pusat pemulihan dadah memukul pemuda tanpa belas ihsan di Sardar Patel, India.

Mangsa dipercayai datang menemui pengurus terbabit di pejabat untuk mendapatkan khidmat pemulihan berkaitan ketagihan dadah.

Ketika kejadian, difahamkan pengurus yang berbadan tegap tersebut sedang dalam keadaan mabuk, dapat diperhatikan berdasarkan gerak-geri tubuhnya.

Susulan itu dia hilang pertimbangan dan bertindak membelasah mangsa dengan menggunakan cota kayu yang tebal, serta menamparnya di bahagian muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘escort’ cedera dibelasah gara-gara enggan lanjut tempoh servis

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi saksi perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kini menjadi tular di media sosial dan rata-rata warga maya meminta keadilan untuk ditegakkan.

Namun setakat ini masih belum ada tindakan yang diambil terhadap pengurus berkenaan.

Untuk rekod, pengurus terbabit sebelum ini mempunyai sejarah menyerang pengunjung yang datang ke pusat pemulihan itu, memandangkan dia sering mabuk ketika bekerja selain mempunyai sifat panas baran. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain