suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis pernikahan bertukar tragedi! Tetamu parah ditikam, muka ditumbuk

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

MAJLIS pernikahan bertukar tragedi apabila seorang tetamu cedera parah akibat ditikam.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh satu pasangan adik-beradik yang mengenali mangsa.

Menurut polis, suspek masing-masing berusia 30 dan 23 tahun, tinggal sekampung dengan mangsa.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu di Kecamatan Bonehau, Kabupaten Mamuju di Sulawesi Barat, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Mamuju, Inspektor Herman Basir berkata, terdapat dua lelaki yang disyaki menikam dan menumbuk mangsa.

Herman berkata, salah seorang suspek dan mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat perlombongan dan kedua-dua mereka pernah berselisihan faham.

"Kedua-dua suspek menghadiri majlis perkahwinan di kampung mereka, seorang suspek berasa tersinggung selepas bertemu mangsa sehingga perut mangsa ditikam," katanya.

Menurutnya lagi, adik suspek ditahan sebelum abangnya kemudian yang bersembunyi tampil menyerah diri pada Selasa.

Kes masih dalam siasatan polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain