suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah! Gara-gara tebang pokok di kebun, adik bunuh abang guna kapak

Seorang lelaki didakwa membunuh abang kandung. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak membunuh abang kandung gara-gara menebang pokok di kebunnya.

Suspek berusia 64 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan abangnya yang didakwa menebang beberapa pokok sehingga tumbang terkena pokok-pokok miliknya di kebun.

Seorang penduduk tempatan mendedahkan kejadian itu disedarinya selepas terdengar jeritan mangsa berusia 70 tahun meminta tolong.

Kejadian berlaku pada Isnin di Desa Karangjoho, Kecamatan Badegan, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur di Indonesia.

Saksi berkenaan mendakwa melihat suspek pulang ke rumah selepas mangsa dibunuh menggunakan kapak.

"Ketika itu mangsa dalam keadaan terlentang. Bahagian kiri kepalanya berdarah dengan banyak," katanya.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun kemudian disahkan meninggal dunia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ponorogo, IPTU Guling Sunaka berkata, pihaknya telah menahan suspek dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, polis kini mendapatkan bahan bukti di samping menyiasat motif sebenar kejadian.

Jelasnya, pihaknya juga sedang mendapatkan keterangan saksi-saksi untuk siasatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain