suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Pak guard tua maut mulut disumbat batu, leher dan kepala ditikam

Beberapa individu ditahan namun seorang lagi suspek melarikan diri selepas kediamannya dijejaki pihak berkuasa. -Gambar hiasan

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan!

Seorang pengawal keselamatan berusia 60 tahun mati dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan individu yang cuba mencuri seekor keldai.

Menurut laporan wartawan bebas Yosmani Mayeta Labrada di Facebook, kejadian itu berlaku di koperasi "Nuevo Mundo" di bandar Dos Caminos di San Luis, Santiago de Cuba.

Mangsa diikat mulut dan ditikam di kepala serta leher tetapi akhirnya meninggal dunia akibat sesak nafas selepas batu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Sebelum pembunuhan kejam itu, pengawal berkenaan mengadu bahawa dia pernah diganggu oleh kumpulan pencuri terbabit.

Susulan kejadian itu, beberapa individu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Seorang lagi suspek yang tinggal berdekatan lokasi kejadian melarikan diri selepas pihak berkuasa menjejaki rumahnya menggunakan anjing pengesan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain