suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis maut dibakar isteri sendiri, berang baki gaji tinggal RM230

Seorang anggota polis maut dibakar isteri sendiri. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis wanita didakwa membakar suaminya sehingga mati.

Dilaporkan, keadaan mangsa melecur lebih 96 peratus di badannya.

Polis wanita berusia 28 tahun itu tergamak membakar suaminya, 27, yang juga bertugas sebagai anggota polis, yang mana berpunca daripada pergaduhan mengenai isu gaji.

Kejadian berlaku apabila suspek memeriksa ATM milik suaminya pada Sabtu dan mendapati baki gaji mangsa hanya tinggal sedikit.

Kejadian berlaku di Mojokerto di Jawa Timur, Indonesia pada Sabtu lalu.

Difahamkan, gaji mangsa sepatutnya berbaki 2.8 juta rupiah (RM806), tetapi hanya tinggal 800,000 rupiah (RM230).

Pasangan suami isteri itu kemudian bertengkar di garaj rumah mereka di kuarters polis di Desa Miji, Daerah Kranggan, Kota Mojokerto.

Suspek kemudian menggari tangan suaminya dan memautnya pada tangga lipat di garaj. Dia kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum membakarnya.

Mangsa melecur di seluruh badan dan menjerit meminta tolong.

Suspek kini ditahan dan kes masih dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang. - AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain