suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beruang ganas serang penduduk, baham haiwan ternakan... Bijak ‘perdaya’ pihak berkuasa

Beruang yang menjadi igauan ngeri penduduk di Pulau Hokkaido.

MANUSIA walaupun spesies dominan tetap perlu berwaspada dengan haiwan pemangsa yang sentiasa menunggu masa untuk menerkam.

Gempar di Pulau Hokkaido, Jepun apabila seekor beruang ganas yang diberikan nama Oso18 berkeliaran mencari mangsa terdiri daripada haiwan dan penduduk setempat.

Perkara yang menjadikan Oso18 lebih menggerunkan adalah gelarannya sebagai 'beruang ninja' kerana licik mengelak semua perangkap yang dipasang pihak berkuasa.

Untuk rekod, dalam masa empat tahun sahaja Oso18 telah menyerang 66 ekor lembu berhampiran bandar Shibecha dan Akkeshi di timur Hokkaido, 32 daripada haiwan ternakan itu mati.

Oso18 bagaimanapun berjaya ditembak mati oleh pemburu pada tahun lalu, namun serangan beruang ganas tetap berterusan dan kerisauan penduduk tidak berkesudahan.

“Saya sendiri telah melihat kira-kira 40 ekor beruang liar. Binatang buas ini ada di mana-mana. Legasi Oso18 diteruskan oleh rakan-rakannya," kata seorang penduduk.

Sepanjang tempoh 12 bulan lalu, seramai 219 orang telah diserang beruang ganas dalam 198 insiden berasingan di Jepun, manakala enam mangsa terkorban. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain