suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas hati rakan sekerja jadi perhatian bos, wanita upah bunuh dengan bayaran RM29,000

Tiga suspek (baju oren) ditahan atas dakwaan cuba membunuh. -Foto Polis Belitung

TIGA individu ditahan berhubung kes penderaan dan cubaan membunuh terhadap seorang wanita berusia 36 tahun.

Kejadian berlaku di Belitung, Kepulauan Bangka Belitung di Indonesia.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu kerana perasaan dengki terhadap mangsa.

"Bermula dari rasa iri hati atau cemburu kerana mangsa sering mendapat perhatian bos di tempat mereka bekerja," kata Timbalan Ketua Polis Belitung, Komisioner Yudha Wicaksono dalam kenyataan, pada Jumaat.

Disebabkan itu, suspek wanita yang merupakan rakan sekerja mangsa sering dipinggirkan oleh majikan mereka.

Yudha berkata, tiga suspek ditahan dan salah seorangnya diupah untuk membunuh.

Suspek yang diupah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,000) kemudian menikam mangsa dekat sebuah kedai serbaneka di Tanjungpandan, Belitung, pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat dalam kejadian itu dan dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Dilaporkan, keadaan mangsa kini semakin pulih.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek pertama pada 22 Mei lalu, sebelum penahanan suspek kedua dan ketiga.

"Ada juga rakaman CCTV yang membantu siasatan," kata Yudha sambil menambah kes tersebut masih dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain