suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk gempar jumpa mayat pelajar perempuan dalam parit, tubuh penuh kesan tikaman

Mayat pelajar berkenaan ditemui di dalam parit oleh penduduk kampung. -Foto Polis Mesuji/Detik.com

SEORANG pelajar sekolah menengah di Mesuji, Lampung, Sumatera ditemui mati di dalam parit, dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh badannya.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Lampung, Kombes Umi Fadillah Astutik, ketika ditemui, mayat pelajar perempuan tersebut masih memakai pakaian sekolah.

Ujar Umi Fadillah, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat tersebut dan setakat ini identiti mangsa sudah dikenal pasti.

"Penduduk menemui seorang pelajar sekolah menengah pada jam 4.30 petang Selasa lalu. Mangsa dikenali sebagai Anggi Lestari, 16 tahun," katanya.

Umi Fadillah berkata, mayat tersebut mempunyai beberapa kesan tikaman dari leher hingga ke pinggang.

Tambahnya, polis masih belum dapat membuat kesimpulan sama ada mangsa meninggal dunia kerana dibunuh atau sebaliknya.

Ketika ini mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ragab Begawe Caram untuk proses bedah siasat. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain