suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita pergi surau sebelum subuh untuk bersalin, kemudian cabut lari tinggalkan bayi di ruang solat

Tangkap layar video yang sedang tular di media sosial.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan!

Seorang bayi perempuan ditemukan di bawah tangga ruang solat sebuah surau pada awal pagi Jumaat.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita melahirkan bayi itu di dalam surau berkenaan kira-kira pukul 1.20 pagi.

Selepas selamat bersalin secara sendirian, wanita itu dilihat bangun dan meninggalkan bayinya di dalam rumah ibadat tersebut, dalam kejadian di Kota Depok, Jawa Barat, Indonesia.

Bagaimanapun, dia sempat membersihkan bayi tersebut sebelum berlalu pergi.

Bayi malang itu kemudiannya diselamatkan oleh jemaah surau yang hadir untuk menunaikan solat Subuh dan mendengar suara tangisan.

Lebih menyedihkan, penduduk kampung menjumpai bayi itu ditinggalkan tanpa alas di atas lantai surau.

Sehingga kini polis atau penduduk kampung gagal menjejaki identiti pelaku.

"Kami percaya berdasarkan cara dia membuang bayi perempuan dalam keadaan hidup di surau, ia dilakukan dengan sengaja," kata Ketua Polis Cimanggis, Kompol Judika Sinaga.

Pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.

Bayi itu pula telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. -Depok.inews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain