suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Momen bahagia bertukar hiba... Pengantin nekad teruskan majlis, bawa dulang hantaran ke hospital

Tangkap layar menunjukkan momen saat pasangan pengantin ini nikah di hospital.

SEBUAH majlis pernikahan yang berlangsung di hospital menjadi tular di media sosial.

Memetik portal Tribunnews, majlis pernikahan terpaksa diadakan di Rumah Sakit Keluarga Sihat (KSH) berlokasi di Indonesia selepas bapa pengantin perempuan tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital berkenaan.

Sebagaimana dikongsikan menerusi Instagram @rskeluargasehat, kelihatan pasangan ini memakai busana lengkap berona putih.

Turut mengiringi adalah keluarga kedua-dua belah pihak yang turut membawa dulang-dulang hantaran.

Dalam video tersebut, dilihat pengantin lelaki, Mahardika Ian Pratama, 28, melakukan akad nikah di hadapan ayah pengantin wanita, Windy Sisikha, 26, pada 2 Januari lalu.

Walaupun dalam keadaan terbaring, bapa kepada pengantin perempuan tetap menjadi saksi pernikahan sambil mengalirkan air mata.

Menurut pengantin lelaki, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan tersebut sudah dibuat sekian lama menyebabkan mereka terpaksa untuk meneruskan sebagaimana dirancang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain