suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah 'show off' depan wanita, askar nyaris lemas selepas terjun dari ketinggian 80 meter

Askar terbabit diselamatkan selepas terjun dari ketinggian 80 meter.

GARA-GARA ingin menunjuk kehebatan diri pada teman wanita, seorang askar hampir lemas selepas terjun ke dalam terusan air dari ketinggian 80 meter.

Malah dia juga sedang mabuk ketika kejadian di bawah Jambatan Rattana Makkah di wilayah tengah Saraburi, Thailand.

Susulan insiden tersebut, Pasukan Penyelamat Sawang Rattana Trai hadir ke lokasi bagi mencari dan menyelamat mangsa.

"Dia kelihatan terbaring di atas gugusan pokok renek di terusan air berkenaan sebelum segera dibawa keluar.

"Askar itu pada mulanya menolak bantuan. Para penyelamat terpaksa bercakap dengannya, menggesa dia supaya bertenang bagi memudahkan proses penyelamatan," ujar wakil penyelamat Sawang.

Askar itu mendedahkan bahawa dia mabuk dan telah memandu pikapnya untuk menikmati suasana di atas jambatan.

Dia kemudian bertemu seorang wanita di atas jambatan dan menggodanya sebelum diminta untuk membuktikan dia seorang askar dengan menerjun ke dalam lombong bagi menunjukkan kemahiran. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain