suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menderita ketika buang air besar di tandas, lelaki maut selepas tak dapat ‘tunai hajat’ 10 hari

Seorang lelaki mengalami sembelit yang sangat teruk. -Gambar hiasan / Freepik

SEORANG pesara meninggal dunia selepas membuang air besar dalam keadaan mengerikan di tandas.

Lelaki berusia 65 tahun itu mengalami sembelit yang sangat teruk dan akhirnya dikejarkan ke hospital.

Sebaik tiba di kecemasan, keadaannya menjadi lebih teruk apabila mengalami sakit dada, loya dan keperluan untuk membuat air besar yang sangat mendesak.

Menurut Dr Rawdy Reales Rois yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, pesakit memberitahunya bahawa dia tidak dapat membuang air besar antara tujuh hingga 10 hari.

Doktor yang berkelulusan dari Universiti Koperasi Colombia 10 tahun lalu berkata, dia menempah elektrokardiogram dan hasilnya kembali normal.

Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan, Dr Reales mendapati pesakit mengalami degupan jantung yang laju dan kelihatan berpeluh.

Memandangkan pesakit mempunyai sejarah masalah jantung, doktor berkata, adalah tidak digalakkan untuk memberi lelaki itu enema rektum seperti yang dia mahu.

Enema merupakan pemasukan cecair ke dalam dubur, terutamanya bertujuan untuk memudahkan buang air besar

Lelaki itu memberitahu telah mengambil ubat untuk membantu masalah sembelitnya, tetapi ia tidak memberi kesan yang diingini.

Pada masa itu, dia sangat mendesak untuk membuat enema sehingga doktor lain akhirnya melakukan prosedur ke atasnya.

Dr Reales kemudian dimaklumkan pesakit mengalami serangan jantung ketika itu.

Walaupun cuba menyelamatkan pesakit itu antara 20 hingga 30 minit, namun lelaki warga emas itu disahkan meninggal dunia. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain