suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk panik tengok banjir merah! Rupanya tangki kilang arak pecah, 2.2 juta liter dilepaskan

Tangkap layar banjir arak merah yang melanda bandar kecil di Portugal.

SEBUAH bandar kecil di Portugal dilanda banjir besar arak merah selepas dua tangki kilang penyulingan arak di Levira, Portugal pecah.

Penduduk menyaksikan 2.2 juta liter wain merah dilepaskan sekali gus kelihatan seperti banjir besar berlaku.

Pun begitu, warnanya berwarna merah sekali gus membuatkan kawasan sekitar kelihatan 'cantik'.

Kilang penyulingan Levira bagaimanapun memohon maaf selepas ruang bawah tanah di sebuah rumah berhampiran kilang penyulingannya dibanjiri wain.

Syarikat bertanggungjawab atas kerosakan yang mungkin disebabkan oleh tumpahan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan memberitahu media tempatan bahawa sukarelawan menghalang wain daripada sampai ke sungai bagi mengelakkan bencana alam sekitar terjadi.

Syarikat itu juga memberitahu media tempatan tentang kerugian ekonomi syarikat selepas kehilangan 2.2 juta liter wain merah.

Siasatan sedang dijalankan terhadap punca tumpahan. - 9news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain