suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 9 tahun suruh bercerai, sedih tengok ibu dipukul ayah penganggur setiap hari - "Jangan korbankan perasaan"

Kanak-kanak terbabit memeluk ibunya selepas ayahnya kelur dari rumah.

KEHIDUPAN kanak-kanak berusia sembilan tahun pastinya dipenuhi dengan gelak tawa.

Namun berbeza dengan situasi yang dialami gadis kecil ini apabila dia terpaksa melihat pertengkaran dan pergaduhan antara ibu dan ayahnya setiap hari.

Bukan itu sahaja, situasi yang berlaku itu membuatkannya menjadi lebih matang berbanding kanak-kanak seusianya.

Mana tidaknya, dia yang seolah memahami kesukaran dialami ibunya itu meninggalkan nota yang memaklumkan kesediaannya untuk hidup dalam keluarga yang berpecah.

Kanak-kanak terbabit memeluk ibunya selepas ayahnya kelur dari rumah

Kanak-kanak terbabit memeluk ibunya selepas ayahnya kelur dari rumah

Menerusi laporan South China Morning Post, kanak-kanak terbabit telah meminta ibunya bercerai ayahnya yang didakwa sering melakukan keganasan rumah tangga.

Ia berikutan wanita yang berasal dari wilayah Sichuan, China itu sering dipukul dan dikasari oleh suaminya yang merupakan penganggur.

Malah, kegansan yang berlaku itu direkodkan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Menerusi rakaman tular itu, dia yang baru sahaja pulang dari kerja, cuba melindungi diri dengan menahan tangan di bahagian kepala ketika dipukul oleh suaminya.

Bahkan terpaksa mendengar jeritan dan cacian daripada lelaki berkenaan yang berang apabila isterinya mempersoalkan kenapa rumah dan anak-anak mereka dibiar serta tidak dikemas sedangkan dia tidak bekerja.

Selepas pertengkaran berlangsung, suaminya keluar dari rumah.

Nota yang ditulis kanak-kanak perempuan terbabit.

Nota yang ditulis kanak-kanak perempuan terbabit.

Meskipun mempunyai kesan pukulan di badan, dia tetap keluar bekerja keesokan harinya bagi mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, sejurus pulang ke rumah, dia melihat nota yang ditinggalkan anak perempuan sulungnya itu.

“Kalau ibu nak ceraikan ayah, saya akan tinggal dengan ibu. Tapi kalau risaukan adik, ibu boleh letak saya dalam jagaan ayah,” tulis anak perempuan itu dalam nota yang menyayat hati itu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak malang itu juga berharap ibunya tidak mengorbankan perasaan demi anak-anak.

"Jangan korbankan perasaan ibu," tulisnya lagi.

Dalam ayat terakhir, anak perempuan itu mengingatkan ibunya supaya sentiasa mengunci pintu.

Rakaman video itu meruntun hati warga maya selepas dikongsikan di halaman sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain