suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangan bergerak bawah jaket! Pasangan kekasih selamba 'memadu asmara' di kedai kopi, tak hirau pelanggan lain

Aksi kedua mereka dirakam di sebuah kedai kopi.

TAK beradab!

Demikian kata-kata yang sesuai ditujukan kepada pasangan kekasih yang tergamak 'memadu asmara' di khalayak ramai.

Perbuatan tidak senonoh mereka itu dirakam ketika berada di dalam sebuah kafe pada waktu petang.

Dalam rakaman berdurasi 12 saat itu, seorang wanita dan seorang lelaki dilihat sedang berpeluk di atas sofa di dalam sebuah kedai kopi di Quilmes, Argentina.

Bukan itu sahaja, kelihatan tangan salah seorang daripada mereka sedang bergerak di bawah jaket yang melindungi bahagian bawah badan lelaki terbabit.

Walhal pada masa itu, terdapat beberapa orang tetamu yang sedang duduk berhampiran mereka.

Video tingkah laku tidak bermoral itu telah menjadi tular dan mendapat lebih daripada 700,000 tontonan serta 69,900 tanda suka sejak ia dikongsi di TikTok oleh seorang pengguna @pablorereok.

Penonton turut menyindir situasi aneh tersebut dengan berkata bahawa wanita itu ingin 'susu' untuk kopinya.

Seorang lagi pengguna berkata wanita itu mahu krim sebenar untuk kopinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain