suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak racun tikus dalam makanan suami, wanita dipenjara 3 tahun... Mahu bunuh pasangan sebab rumah tangga membosankan

Kes racun dimasukkan ke dalam makanan pernah berlaku sebelum ini. -Gambar hiasan

SEORANG wanita dipenjara tiga tahun selepas dia didapati bersalah cuba membunuh suaminya.

Menerusi kejadian pada 2021, wanita dari China itu memasukkan racun tikus ke dalam makanan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Selepas menjamu selera, lelaki itu mengalami sakit perut melampau sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas dia kembali sihat, kejadian sama berulang sebanyak dua kali sehingga lelaki itu mula mengesyaki sesuatu dan terus membuat laporan polis.

Siasatan polis membawa kepada penahanan isterinya dan wanita itu mengaku dia cuba membunuh suaminya menggunakan racun tikus.

Ujar wanita itu, dia cuba membunuh suaminya kerana menjalani kehidupan rumah tangga yang membosankan.

Meskipun dia menyesali perbuatan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan berkenaan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain