suria

Wanita kongsi petua luar biasa siram pokok, dakwa darah haid mampu suburkan tanaman

Jessica menyiram tanaman menggunakan darah haid yang diisi di dalam botol penyembur. -Gambar TikTok

SEORANG wanita menjadi tular di media sosial selepas berkongsi petua mengenai cara luar biasa untuk menyiram tanaman.

Wanita bernama Jessica Mckasson membuat pengakuan yang mengejutkan apabila mendakwa dia menggunakan darah haidnya untuk menyuburkan pokok-pokok yang ditanam.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Jessica yang berasal dari Costa Rica mendakwa darah haid baik untuk tumbuhan kerana ia mengandungi nitrogen dan kalium.

Sejak mendalami ilmu kedukunan (shamanism), wanita berusia 37 tahun itu mendakwa dia mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan tubuhnya.

Jessica berkata, amalan menyiram tumbuhan dengan haid bermakna manusia memberi kebaikan kepada alam.

"Tahukah anda darah haid mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti nitrogen dan kalium yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok?

"Sejak dahulu lagi dipercayai bahawa darah haid mempunyai kekuatan dan membantu memperbaiki tanah," jelasnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun petua yang dikongsikan Jessica mengundang kecaman netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa jijik. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain