suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembedahan vasektomi gagal! Doktor terpaksa tanggung kehidupan bayi selama 18 tahun

Pembedahan vasektomi gagal.

AKIBAT kegagalan melakukan pembedahan vasektomi ke atas pesakit, seorang doktor di Colombia telah diarahkan untuk menanggung perbelanjaan kehidupan seorang bayi sehingga umurnya mencapai 18 tahun.

Malah Diego Naranjo perlu membayar berjuta-juta peso untuk menyara salah seorang bayi pesakitnya selepas dia memberi jaminan kepada lelaki itu bahawa vasektomi yang dilakukannya telah berjaya serta tidak perlu lagi menggunakan kaedah kontraseptif lain.

Bagaimanapun, isteri kepada pesakitnya itu hamil dan mempunyai bayi yang tidak dirancang.

Ujian sperma berikutnya menunjukkan bahawa vasektomi sebenarnya tidak berjaya.

Ekoran itu, pesakitnya bertindak menyaman dan mendakwa kesilapan yang berlaku memberi kesan yang serius, dari segi kewangan dan emosi.

Hakim kini telah memutuskan bahawa doktor mesti menyokong bayi tersebut sehingga umurnya mencapai 18 tahun. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

vasektomi, perancang keluarga,

Artikel Lain