suria

Teruk diasak anggota Dewan Kongres AS, wajah kacak CEO TikTok jadi perhatian netizen

Chew jadi perhatian netizen selepas dia tampil menerusi perbicaraan bersama Dewan Kongres Amerika Syarikat (AS).

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Chew Shou Zi menjadi perhatian ramai selepas dia diasak oleh anggota Dewan Kongres Amerika Syarikat (AS) dalam satu sesi perbicaraan pada Khamis.

Malah, sedutan video pendek daripada sesi itu turut dimuat naik semula oleh netizen ke aplikasi TikTok sehingga namanya tular dan menjadi bualan ramai.

Pengguna TikTok bukan sahaja menyatakan sokongan terhadap aplikasi tersebut, malah mereka turut memuji rupa paras Chew yang kacak.

Lebih menghiburkan, video yang memaparkan wajah Chew turut disunting dengan lagu berjudul OMG nyanyian kumpulan K-Pop NewJeans sehingga meraih lebih dua juta tontonan.

Terdahulu, anggota Dewan Kongres AS menyoal Chew tentang kemungkinan platform tersebut merupakan satu cara untuk meluaskan pengaruh China di negara mereka.

Perbicaraan itu adalah kemuncak kebimbangan keselamatan yang bermula seawal 2020 apabila pentadbiran Donald Trump cuba melarang, kerana bimbang syarikat yang berpangkalan di Beijing itu boleh menyalurkan data pengguna AS kepada Parti Komunis China untuk kepentingan politik. - Insider.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain