suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu elak dicekup polis, pengedar dadah buat pembedahan plastik hingga wajah jadi ‘oppa’ Korea

Penjenayah ini menjalani pembedahan plastik untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

SEORANG jenayah mengubah penampilan fizikalnya agar kelihatan lebih menarik bagi mengelakkan dirinya dicekup pihak berkuasa.

Saharat Sawanjaeng, 25, seorang pengedar dadah dari Thailnad, menjalani beberapa siri pembedahan plastik pada wajah untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti seorang lelaki Korea yang kacak.

Pihak berkuasa menambah, Sawangjaeng bahkan menggunakan nama Korea, Seong Jimin, sebagai sebahagian daripada penyamarannya.

Misi menjejaki Sawangjaeng berlangsung lebih dari tiga bulan, di mana dia sukar dikesan kerana wajahnya yang sama sekali berubah daripada asal.

Polis akhirnya berjaya menjejaki Sawangjaeng dengan mengesan aliran urusan beli ekstasi, di ibu negara Thai.

Dalam video ketika penangkapannya, Sawangjaeng sempat memberitahu mahu berpindah ke Korea Selatan.

"Saya mahu memulakan kehidupan baru. Saya bosan dengan Thailand," katanya.

Sawangjaeng telah didakwa kerana mengimport narkotik secara haram. - Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain