suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Content creator makan di restoran mewah, sengaja bayar bil dengan duit syiling!

Lokare membayar bil hidangannya dengan menggunakan duit syiling.

SEBAGAIMANA yang kita maklum, restoran mewah kebiasaannya menetapkan peraturan dan etika untuk dipatuhi oleh pelanggan mereka.

Antaranya, pelanggan perlu mengenakan pakaian (dress code) yang sesuai, etika di meja makan dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, seorang pencipta kandungan (content creator) dari Mumbai, selamba 'melanggar' etika ketika menikmati hidangan di restoran mewah di Hotel Taj.

Siddhesh Lokare yang memesan piza dan mocktail membayar hidangannya dengan menggunakan duit syiling.

Dia sempat merakam dan memuat naik video pengalamannya itu di Instagram.

Dalam video tular itu, Lokare yang memakai sut lengkap dilihat membayar bil hidangannya dengan syiling yang diisi dalam satu beg kantung dan menyerahkannya kepada seorang pelayan.

Pelayan berkenaan kemudian dilihat membawa kantung syiling untuk dikira.

Insiden itu turut mengejutkan pengunjung restoran tersebut yang berada di sekeliling.

Menurut Lokare, dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa tidak salah untuk menjadi diri sendiri dan jangan terpengaruh dengan orang lain sehingga berpura-pura.

Sebahagian warga maya menyambut baik mesej Lokare namun segelintir daripadanya mengecam kerana menyifatkan tindakan lelaki itu hanya menyusahkan pelayan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain