suria

Takut video lucah tersebar, wanita potong zakar kekasih ketika jumpa di hotel

Pelaku bertindak agresif kerana teman lelakinya mengugut untuk menyebarkan video intim mereka.

POLIS Indonesia menahan seorang wanita berusia 28 tahun kerana memotong kemaluan teman lelakinya, pada Sabtu.

Menerusi sekeping foto yang tersebar, wanita yang digari itu kelihatan memakai baju warna biru dengan rambut yang tidak terurus.

Pegawai polis Sibolga, AKBP Taryono Raharja menjelaskan, wanita itu pada awalnya menginap di sebuah hotel bersama teman lelakinya pada pada Sabtu.

Dia bagaimanapun bertindak agresif selepas teman lelakinya mengugut untuk menyebarkan video hubungan intim mereka.

"Motif di sebalik penganiayaan ialah mangsa mengugut pelaku dengan rancangan untuk menyebarkan video perbuatan lucah mereka berdua.

"Penjenayah mengaku diajak mangsa untuk melakukan persetubuhan. Namun dia enggan menurut kerana berasa tersinggung dengan kata-kata mangsa," katanya. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain