suria

Permainan video dirampas dalam kelas, pelajar mengamuk serang guru

Pelajar ini bertindak menumbuk gurunya kerana permainan video. Foto: India Times

MENGHORMATI guru sebagai insan tempat kita menimba ilmu adalah satu kemestian.

Namun begitu, lain ceritanya untuk pelajar ini yang tidak boleh menerima teguran dan bertindak biadab terhadap gurunya.

Pelajar berusia 17 tahun ini menyerang pembantu guru sekolah menengah kerana mengambil permainan videonya.

Video serangan di Sekolah Tinggi Matanzas di Florida yang dikeluarkan Pejabat Syerif Daerah Flagler menunjukkan seorang pelajar setinggi 198 sentimeter dan seberat 122 kilogram berlari ke arah pembantu guru, menolaknya ke lantai kemudian menumbuk dan menendangnya.

Pejabat Syerif Daerah Flagler berkata kejadian itu berlaku selepas pembantu guru mengambil permainan video 'Nintendo Switch' pelajar itu ketika di dalam kelas.

Pelajar itu menyerang dan terus menumbuk serta menendang pembantu guru itu sehingga sekumpulan individu terpaksa mengangkatnya.

Pembantu guru itu dilihat terbaring di atas lantai selama beberapa minit sebelum bangun.

Menurut saksi Rick Staly, wanita itu boleh terbunuh.

"Ini mungkin satu pembunuhan. Apabila anda menolak orang seperti itu, memukul kepala mereka, anda tidak pernah tahu hasilnya," kata Staly.

Pembantu guru itu dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan keluar.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - India Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain