suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambulans lambat sampai, mangsa kemalangan dihantar ke hospital dengan jengkaut

Mangsa kemalangan dihantar ke hospital menggunakan jengkaut.

SEBUAH jengkaut terpaksa digunakan untuk menghantar seorang mangsa kemalangan ke hospital kerana ambulans mengambil masa yang lama untuk tiba di lokasi kejadian.

Dalam insiden yang berlaku pada Isnin di Madhya Pradesh, India, seorang pemuda cedera parah dalam kemalangan memabitkan dua buah motosikal.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mahesh, 25, mengalami kecederaan serius pada kakinya akibat kemalangan tersebut.

Penduduk tempatan berkata, sejurus kemalangan berlaku, mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Bagaimanapun ambulans tidak kunjung tiba walaupun selepas setengah jam dihubungi.

Orang awam turut meminta bantuan pemandu beca, namun tiada yang menghulurkan pertolongan.

Bimbang melihat keadaan mangsa yang agak teruk, seorang pemilik kedai runcit mengangkat mangsa dan meletakkannya di dalam penyodok jengkaut dengan bantuan orang awam, dan membawa pemuda tersebut ke hospital dengan jentera tersebut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain