suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang penularan Covid-19, dine-in restoran tidak dibenarkan bermula 1 Mei

Restoran hanya boleh menawarkan perkhidmatan penghantaran dan belian bungkus.

RESTORAN di seluruh Beijing China tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in sempena cuti Hari Pekerja.

Peraturan itu dikuatkuasakan bermula 1 Mei lalu bagi mencegah penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Polisi baharu Australia benarkan haiwan peliharaan naiki pesawat

Bagaimanapun, restoran boleh menawarkan perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran.

Biro perdagangan Beijing Ding Jianhua, berkata penduduk digalakkan untuk memasak di rumah namun mereka masih dibenarkan mendapat khidmat penghantaran makanan.

Ding mencadangkan bahawa restoran, kurier dan peruncit berkongsi tenaga kerja untuk memastikan penghantaran kepada pelanggan berjalan lancar.

Terdahulu, seorang pengurus restoran burger popular di timur Beijing berkata, keadaan yang dialami itu memberi tekanan dalam pengurangan perkhidmatan dan menyebabkan perniagaannya merosot kira-kira 20,000 yuan sehari. - SCMP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain