suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki pecah rekod dunia berjalan atas tali setinggi hampir 2,000 meter di udara

Rafel berjalan di atas tali berketinggian 1,901 meter atau sekitar 6,236 kaki.

SERING kali kita melihat pelbagai aksi berani dan aneh yang dilakukan segelintir individu dalam usaha untuk mencatat Rekod Dunia Guinness.

Terbaharu, satu video memaparkan bagaimana seorang lelaki begitu berani berkaki ayam berjalan di atas seutas tali yang merentangi udara, menjadi tular di media sosial.

Lelaki berkenaan, Rafael Zugno Bridi, memecahkan rekod dunia apabila berjalan kaki di atas tali yang diikat antara dua buah belon udara panas, di Praia Grande, Santa Catarina, Brazil.

Difahamkan, tali yang merentangi dua belon udara tersebut berketinggian 1,901 meter atau sekitar 6,236 kaki.

Ia adalah dua kali ganda daripada ketinggian Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Guinnessworlrecords, ia memaparkan bagaimana Rafael yang berkaki ayam begitu berhati-hati dan mengimbangi badannya ketika berjalan di atas tali berkenaan.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih daripada 76,000 tanda suka (likes). - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain