suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamat jalan Fujiko A. Fujio... pencipta manga Ninja Hattori meninggal dunia

Fujiko A. Fujio juga pernah bekerja dengan Fujiko F. Fujio, pencipta siri manga Doraemon.

MASYARAKAT di Jepun berduka selepas pencipta manga Ninja Hattori, Fujiko A. Fujio dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan Kyodonews pada Khamis, Fujiko A. Fujio meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Polis melaporkan mayat Fujiko A. Fujio ditemui di rumahnya di Kawasaki, dekat Tokyo.

Fujiko A. Fujio atau nama sebenarnya Motoo Abiko merupakan salah seorang daripada pencipta siri manga legenda di Jepun.

Karya Fujiko A. Fujio, iaitu Kaibutsu-kun, The Laughing Salesman, Obake no Q-taro, dan Ninja Hattori menjadi kejayaan besar dan turut popular di negara lain.

The Laughing Salesman, yang telah diadaptasi menjadi anime, masih boleh ditonton oleh peminat global melalui laman penstriman Netflix.

Fujiko A. Fujio juga pernah bekerja dengan Fujiko F. Fujio, pencipta siri manga Doraemon.

Kedua-dua mereka bergabung sebagai duo menggunakan nama Fujiko Fujio sejak 1951.

Bagaimanapun, perkongsian itu dibubarkan pada 1987. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain