suria

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah

TRACHISHINA memuat naik tangkap layar mesej suaminya yang menjumpai punca masalah bau di rumahnya. — Agensi

SEORANG wanita berkongsi momen melucukan di laman TikTok tentang masalah bau yang dihadapi selama beberapa hari di rumahnya.

Wanita itu, Tatyana Trachishina mendedahkan rumahnya berbau busuk secara tiba-tiba dan dia serta suaminya gagal mengenal pasti punca bau berkenaan selama beberapa hari.

Trachishina kemudian berkongsi tangkap layar mesej daripada suaminya yang berbunyi: "Jumpa masalahnya."

Wanita itu turut berkongsi gambar laci kabinet dipenuhi pelbagai makanan termasuklah beg sandwich yang dihantar oleh suaminya.

Video dikongsi oleh Trachishina itu menerima pelbagai respon daripada netizen.

"Adakah itu bebola ikan sejuk beku?" tanya seorang pengguna TikTok yang terkejut selepas melihat gambar dikongsi oleh Trachishina.

Terdapat segelintir netizen yang berkongsi situasi sama seperti Trachishina dan ternyata meletakkan makanan di tempat yang tidak sepatutnya adalah satu perkara biasa.

"Saya menjumpai keju dan roti dalam peti sejuk," kata salah seorang pengguna TikTok.

Ada juga pengguna yang menjumpai sebungkus ayam di belakang peti sejuk ketika membersihkannya.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi masalah bau dalam kereta bapanya.

"Pernah kereta bapa saya berbau sangat busuk dan kami tidak dapat mengenal pasti puncanya tetapi rupa-rupanya bapa saya beli ayam di kedai runcit tiga hari sebelum itu," kata pengguna berkenaan. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain