suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Durian masuk kuali... ramai tak puas hati raja buah digoreng dengan kulitnya sekali!

Foto buah durian digoreg bersama kulitnya yang tular baru-baru ini. Kredit foto: Singapore Incident

KEBIASAANNYA, durian dinikmati begitu sahaja dan sebelum itu perlu dibuang kulitnya terlebih dahulu.

Tetapi kali ini lain pula jadinya apabila tular sebuah video menunjukkan raja buah tersebut sedang digoreng di dalam kuali. Lebih mengejutkkan, durian tersebut digoreng tanpa dibuka terlebih dahulu kulitnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga kuih didakwa, beli durian guna wang palsu

Video berdurasi 54 saat tersebut telah mendapat 200,000 tontonan dan 1,500 perkongsian di Facebook Group Singapore Incident dan perbuatan pelik ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.

Walaupun ada sesetengah orang tidak menggemari rasa dan bau durian, namun ada yang berpendapat menggoreng durian boleh menghilangkan nutrisi pada buah tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun rata-rata netizen menyelar tindakan orang yang menggoreng buah yang ketika ini dalam tempoh musimnya dan beranggapan bahawa tindakan itu langsung tidak wajar dilakukan. - The Indipendent

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain