suria

Lelaki dipercayai ketua keluarga terbesar di dunia temui ajal pada usia 76 tahun... tinggalkan 38 isteri, 89 anak dan 36 cucu

Chana (depan) bersama isteri, anak dan cucu-cucunya. Foto: Getty Images

SEORANG lelaki yang pernah menjadi tular sebelum ini kerana dipercayai merupakan ketua keluarga terbesar di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia di Mizoram, sebuah negeri di timur laut India.

Ziona Chana, pemimpin mazhab Kristian yang mengamalkan poligami, meninggal dunia Ahad minggu lalu, pada usia 76 tahun.

Lelaki itu meninggalkan 38 isteri, 89 anak dan 36 cucu.

Berita itu disahkan oleh ketua menteri Mizoram, Zoramthanga, yang menzahirkan ucapan takziah di Twitter.

Chana dilaporkan menderita diabetes dan darah tinggi yang menjadi punca kematiannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut doktor yang dipetik agensi berita tempatan, kesihatan Chana merosot ketika dia berada di kampungnya, Baktawng Tlangnuam.

Dia dimasukkan ke hospital pada 13 Jun, namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Sukar untuk merekodkan jumlah sebenar keseluruhan ahli keluarga Chana.

Ini kerana terdapat laporan yang mendakwa dia mempunyai 39 isteri, 94 anak, 33 cucu dan seorang cicit, yang mana kesemuanya berjumlah 181 orang.

Chana adalah pemimpin mazhab Kristian, Chana Pawl yang diasaskan pada 1942 oleh ayahnya.

Mazhab ini membenarkan lelaki mengahwini seberapa ramai wanita yang mereka sukai. - BBC.Com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain