suria

Covid-19: Terlalu ramai pesakit sehingga katil penuh, ibu muda meninggal dunia di kawasan parkir hospital

Ibu muda yang juga seorang jurutera meninggal dunia selepas tiga jam menunggu untuk mendapatkan katil di sebuah hospital di Noida. Foto: Metro.co.uk

SEORANG ibu muda berusia 35 tahun meninggal dunia di dalam kereta ketika berada di kawasan parkir hospital, tiga jam selepas menunggu untuk mendapatkan katil selepas dijangkiti Covid-19.

Jagriti Gupta ketika itu hadir ke hospital di bandar Noida, India ditemani beberapa rakan yang menghantarnya untuk mendapatkan rawatan.

Jurutera itu merupakan salah seorang daripada ratusan ribu rakyat di negara berkenaan yang memerlukan rawatan segera kerana dijangkiti virus maut tersebut.

India mencatatkan angka tertinggi di dunia apabila merekodkan 400,000 kes dalam tempoh masa 24 jam, baru-baru ini.

Seorang saksi memberitahu dia ternampak rakan kepada wanita berkenaan berlari-lari meminta pertolongan namun tiada siapa yang mempedulikannya.

Tidak lama kemudian, mangsa tidak sedarkan diri.

Rakannya kemudian berlari ke bahagian kaunter hadapan hospital untuk melaporkan keadaan mangsa sebelum beberapa staf perubatan bergegas untuk melihat keadaannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun wanita tersebut tidak dapat diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya seramai 212,000 orang telah menjadi korban Covid-19 di India sehingga kini, hampir menyamai jumlah kematian yang direkodkan di Mexico, Brazil dan Amerika Syarikat. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain