suria

Serpihan ditemui, 53 kru kapal selam Indonesia disahkan maut

Kapal selam itu dilaporkan hilang pada Rabu lalu. (Foto:AP/Eric Ireng)

KESEMUA 53 kru kapal selam Indonesia yang hilang disahkan meninggal dunia.

Perkara itu disahkan selepas penemuan serpihan-serpihan kapal di dasar laut oleh pasukan penyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelamat temui serpihan, dipercayai ada kaitan dengan kapal selam hilang

Menurut Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, imej visual yang diterima mengesahkan bahawa bahagian kapal itu sudah pecah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Berdasarkan bukti sahih kami menyatakan bahawa KRI Nanggala 402 telah tenggelam dan semua anak kapal telah meninggal dunia," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media di Bali.

Kapal selam itu dilaporkan hilang pada Rabu lalu. - Channel News Asia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain