suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak gajah dilanggar motor, lelaki hampir menangis selepas ia bergerak semula

Kejadian itu berlaku di Chanthaburi, Thailand pada Isnin lalu. Foto: Reuters.

SEPANJANG 26 tahun berkhidmat sebagai pekerja penyelamat, Mana Srivate sudah acap kali berhadapan dengan gajah.

Terbaharu, video sewaktu dia menyelamatkan seekor anak gajah yang cedera dilanggar motosikal tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di Chanthaburi, Thailand pada Isnin lalu.

Malah, dia turut dirakam sedang memberi bantuan pernafasan kepada haiwan malang itu.

"Ia memang naluri saya untuk selamatkan haiwan. Tapi saya risau pada waktu itu.

"Kemudian saya dengar suara ibu gajah itu memangggil anaknya.

"Bila anak gajah tu mula bergerak, saya rasa nak menangis," ujarnya lagi. - Bored Panda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain