suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar rakaman aneh ‘lelaki terbang’ di ketinggian 3,000 kaki

Seorang juruterbang merakamkan kelibat seorang 'lelaki terbang' di atas sebuah kapal kargo. -foto Instagram/slingpilotacademy

SATU rakaman aneh menunjukkan seorang lelaki 'terbang' di ketinggian 3,000 kaki menggunakan jetpack, perairan California di Amerika Syarikat.

Juruterbang, Brandy Fogelman dari Akademi Juruterbang Sling menyaksikan objek kecil yang bergerak pantas di perairan Palos Verdes, ketika latihan penerbangan pada 21 Disember lalu.

Dia kemudian berkongsi rakaman itu menerusi laman sosial Instagram.

Brandy mempersoalkan sama ada ia adalah individu yang sama, dikenali sebagai 'lelaki jetpack' dilihat 'terbang' di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Ogos lalu.

Menerusi klip video berdurasi 30 saat itu, objek kelihatan seperti seorang lelaki dalam keadaan berdiri menegak, naik ke udara dari air.

Ketinggian tersebut melepasi sebuah kapal kargo yang melalui kawasan tersebut.

Rakaman itu diakhiri dengan kelibat lelaki terbang itu hilang dari pandangan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain