suria

Misteri bau busuk terjawab, mayat wanita ditemui dalam beg pakaian

Pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian. -foto Ray Tang/LNP

MAYAT seorang wanita ditemui di dalam beg pakaian di sebuah hostel di London, United Kingdom.

Penemuan itu disahkan oleh pihak polis.

Pasukan penyiasat menjalankan siasatan selepas mayat seorang wanita ditemui oleh seorang tukang cat di Southwall, London pada Jumaat.

Punca kematian wanita itu masih belum dikenal pasti.

Metropolitan Police (Met) dalam satu kenyataan memberitahu, mayat ditemui di dalam beg pakaian di sebuah premis.

Scotland Yard berkata, tiada penahanan dibuat setakat ini, dan siasatan sedang berjalan.

Pasukan forensik melakukan pemeriksaan dan polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut laporan Daily Mail, tukang cat membuat penemuan mengejutkan itu selepas jiran-jiran mengadu bau busuk, dua minggu lalu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain