suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mabuk dikejar polis, sempat buat ‘FB live’ sewaktu memecut laju

Dia didapati berada dalam keadaan mabuk sebelum dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

SEORANG lelaki mabuk dipenjara selama 18 bulan atas beberapa kesalahan jalan raya yang dilakukan.

Malah, Kieron Dawson, 32, juga ada membuat siaran langsung di Facebook (FB live) sewaktu sedang memandu kereta dalam keadaan mabuk.

Seorang wanita yang menonton siaran itu kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bertindak atas laporan, polis cuba menahan lelaki itu sebelum dia memecut laju melarikan diri.

Kejadian berlaku South Ferriby, utara Lincolnshire, England.

Setelah ditahan, dia didapati berada dalam keadaan mabuk sebelum dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah baru-baru ini. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain