suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik… kucing peliharaan suka ‘curi’ seluar dalam dari rumah jiran

Kucing bernama Kee Kee yang gemar mengambil barang-barang jirannya. -foto SWNS

SEEKOR kucing mempunyai tingkah laku yang pelik apabila suka mencuri seluar dalam orang lain dan membawanya pulang ke rumah.

Walaupun kucing bernama Kee Kee itu sekadar haiwan, tetapi tindakan tersebut menimbulkan rasa malu pada pemiliknya, Georgia Careless.

Bukan setakat seluar dalam, Kee Kee juga telah 'membawa' pulang beberapa helai stoking dan sehelai bikini.

Georgia berpendapat bahawa haiwan peliharaannya itu menyelinap masuk ke rumah-rumah jiran menerusi tingkap dan pintu yang terbuka, termasuk pintu masuk untuk kucing.

Dia bagaimanapun tidak pasti mengapa Kee Kee suka 'mengambil' seluar dalam berbanding barangan lain.

Antara penemuannya daripada 'hasil' kutipan Kee Kee adalah bola mainan kecil dan bulu tangkis. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain