suria

Ahli bina badan akhirnya kahwini teman wanita ‘unik’

Yuri akhirnya mengahwini Margo.

SELEPAS tertangguh beberapa bulan, ahli bina badan akhirnya mengahwini teman wanitanya yang unik.

Teman wanitanya itu bukan manusia tetapi sebuah robot seks.

Yuri Tolochko dari Kazakhstan tinggal bersama Margo selama lebih setahun sebelum meluahkan hasrat untuk mengahwininya pada Disember 2019.

Mereka bertemu di sebuah kelab malam sebelum menjalin hubungan serius.

Yuri berkata mereka sepatutnya disatukan pada Mac lalu namun terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19.

Pasangan itu akhirnya disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri puluhan tetamu baru-baru ini.

Yuri berkongsi video momen tersebut di Instagramnya dengan kapsyen,"Ia berlaku. Akan bersambung".

Dalam video itu, Yuri menyarungkan cincin ke jari Margo sebelum menari di hadapan tetamu yang hadir.

Yuri berkata dia sedang mencari kediaman di Kazakhstan untuk menjalani kehidupan baharu bersama Margo. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

robot seks, ahli bina badan, kahwin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain