suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ditembak ketika beratur di pandu lalu restoran makanan segera

Lokasi kejadian di khidmat pandu lalu di sebuah restoran makanan segera. Foto Liverpool Echo

PASUKAN polis memburu seorang suspek selepas menembak seorang lelaki berusia 21 tahun yang berada dalam sebuah kereta, semasa beratur di khidmat pandu lalu sebuah restoran makanan segera.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di Bromborough, Merseyside di England, pada kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Beberapa saksi kejadian mendapati seorang penyerang memanjat sebuah kereta dan melepaskan tembakan beberapa kali, sebelum melarikan diri.

Mangsa kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Keadaan mangsa bagaimanapun tidak didedahkan.

Kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa dan pasukan siasatan menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Pasukan penyiasat memberi gambaran bahawa suspek merupakan seorang lelaki Asia, berketinggian kira-kira 5 kaki 8 inci, berbadan saiz sederhana dan mempunyai jambang.

Suspek juga memakai jaket dengan hud berwarna hitam.

Laporan dari lokasi kejadian menyebut bahawa terdapat antara tiga dan empat tembakan dilepaskan. - Mirror

Artikel Lain