Covid-19: Jururawat tinggal di hotel bimbang keluarga dijangkiti, tindakan suami suluh lampu kereta undang sebak netizen

Yinghe menyuluh lampu kereta ketika mengiringi isterinya bagi memastikan wanita itu selamat sampai di tempat kerjanya.

SEORANG jururawat kanak-kanak di sebuah hospital di Wuhan mengasingkan diri daripada keluarganya kerana bimbang virus koronavirus (Covid-19) akan menjangkiti mereka.

Wang Xiaoting bagaimanapun memilih untuk tidur di hotel dan berjalan kaki ke tempat kerjanya.

Namun tanpa disedari Xiaoting, suaminya Wang Yinghe menghantar makanan ke hotel tempat dia tinggal ketika dia sedang bertugas.

Lebih mengejutkan suaminya itu turut mengiringi isterinya itu ke tempat kerja dengan menyalakan lampu kereta sepanjang jalan.

Media China turut berkongsi video pasangan itu yang menyaksikan Yinghe memantau isterinya ke tempat kerja dalam keadaan hujan kira-kira pukul 3 pagi.

"Meskipun jangkitan itu membuatkan mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain, suami tetap melindungi isterinya," kata netizen yang sebak melihat tindakan pemuda itu.

Pasangan itu bagaimanapun tetap berbual menerusi aplikasi video setiap hari.

Lebih 67,000 rakyat di China terjejas dengan wabak berbahaya itu dengan seramai 1,527 dilaporkan maut. - Dailystar.co.uk

koronavirus, jururawat, hotel

Artikel Lain