suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malang! Mahu melamar sambil meluncur ombak, cincin dipegang teman lelaki hilang dalam laut

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pantai Queen di Waikiki pada minggu lalu.

SEORANG lelaki di Hawaii yang mahu melamar teman wanitanya berhadapan detik malang apabila cincin yang dibawa hilang dalam laut.

Chris Garth pada waktu itu tampil dengan idea unik apabila dia melamar buah hatinya, Lauren Oiye sambil melakukan aktiviti luncur ombak.

Lebih malang, cincin itu terjatuh sewaktu wanita berkenaan menyatakan persetujuannya selepas dilamar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pantai Queen di Waikiki pada minggu lalu.

Namun, mujurlah Chris ada menyediakan cincin tambahan di pantai.

Kata Chris, dia sudah bersedia lebih awal dengan dua cincin, bimbang sekiranya rancangan asal tidak berjalan seperti yang dimahukan.

Pasangan itu mula berkenalan sekitar dua tahun lalu.

Malah, beberapa jurufoto turut berada di tepi pantai untuk merakam detik manis Chris dan Lauren. - The Indian Express.

 

Luncur ombak, cincin, lamaran, Hawaii

Artikel Lain