suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah parti bola sepak, empat maut ditembak secara rambang

Beberapa individu terbunuh dalam insiden tembakan rambang. Foto Mirror

INSIDEN tembakan rambang di sebuah parti di California, Amerika Syarikat, mengakibatkan empat terbunuh dan enam lagi cedera.

Menurut laporan NBC News, polis menyifatkan situasi di Fresno seperti tembakan besar-besaran.

Laporan awal menyebut suspek penembak menceroboh masuk ke halaman belakang dan melepaskan tembakan terhadap khalayak yang menonton bola sepak pada Ahad.

Polis mendapat maklumat mengenai insiden tembakan pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Menurut NBC, mangsa-mangsa yang terkena tembakan dikejarkan ke Pusat Perubatan Wilayah Komuniti dan berada dalam keadaan kritika

Bercakap kepada The Fresno Bee, Leftenan Bill Dooley berkata, suspek melarikan diri selepas kejadian.

"Apa yang kita tahu ia adalah mengenai satu perjumpaan keluarga dan rakan-rakan di halaman belakang rumah.

"Semua orang sedang menonton perlawanan bola sepak ketika suspek yang tidak dikenali menceroboh masuk ke kediaman itu, menyelinap ke halaman belakang dan melepaskan tembakan," katanya.

"Kita menemui beberapa mayat di halaman belakang sebaik anggota polis tiba di lokasi kejadian," tambahnya. - Mirror



terbunuh, bola sepak, tembakan

Artikel Lain