suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak magnet dianggap hero oleh penduduk setempat, didakwa mampu sembuhkan penyakit

Peralatan eletrik yang melekat di badan Luka. FOTO: CEN/TPK NEWS.

SEORANG budak dikenali sebagai Luka dianggap sebagai hero oleh penduduk kampungnya di Serbia.

Selain mampu melekatkan pelbagai peralatan besi di badannya, dia yang berusia 15 tahun juga didakwa memiliki kuasa untuk menyembuhkan penyakit.

Menurut laporan media tempatan, sejumlah penduduk beratur di kediaman budak itu untuk mendapatkan rawatan.

Malah, foto-foto yang memaparkan barangan besi meletak di badan Luka turut menjadi tular.

Menurut laporan itu, Luka tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

Luka juga mendakwa tangannya sentiasa berada dalam keadaan panas.

Doktor di kawasan sekitar juga gagal untuk menerangkan fenomena pelik yang melanda kanak-kanak itu. - Daily Star.

Luka, budak magnet, sembuh penyakit

Artikel Lain