suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

John jadi Jane, isteri nekad setia biarpun suami tukar jantina

Barbara (kiri) bersama Jane yang dahulunya dikenali sebagai John.

MENJADI lumrah kehidupan berumah tangga, pasti ada badai yang melanda.

Begitulah yang berlaku terhadap Barbara Hamlin, 72, apabila suaminya, John, 71, menjalani pembedahan tukar jantina.

Kata Barbara, dia pada mulanya terkejut apabila menemui banyak pakaian wanita dalam almari di kediamannya.

"Pada mulanya saya sangka suami ada skandal dengan wanita lain," ujar Barbara.

Akhirnya, dia mendapat tahu bahawa suaminya suka memakai pakaian perempuan.

Kata Barbara lagi, dia lega apabila firasat yang mengatakan suaminya curang tidak benar sama sekali.

Pada 2011, John mula mengambil rawatan hormon sebelum melakukan pembedahan tukar jantina dua tahun kemudian.

Turut dikenali sebagai Jane, lelaki itu juga masih tinggal bersama Barbara.

"Saya 72 tahun dan sudah bersara. Saya perlukan teman. Saya tak rindu untuk bersama lelaki.

"Saya tak anggap Jane sebagai John. Kisah kami menunjukkan, perkahwinan boleh melepasi apa sahaja cabaran," kata Barbara lagi. - Daily Mail.

tukar jantina, suami, isteri, rumah tangga

Artikel Lain