suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita diupah lebih RM12,000 oleh pedofilia untuk buat 'live-stream' ketika lakukan penderaan seksual

Christine Callaghan (kiri) diupah oleh Dean Petley kira-kira RM12,110.50 untuk menyiarkan dirinya melakukan penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak menerusi Skype. Foto: Metro.co.uk

SEORANG wanita diupah sebanyak £2,285 (RM12,110.50) oleh seorang pedofilia untuk bersiaran secara langsung (live stream) menunjukkan dirinya sedang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan, selama hampir tiga tahun.

Christine Callaghan, 33, diupah oleh Dean Petley, 30, untuk melakukan perkara berkenaan menerusi Skype.

Callaghan mengakui empat pertuduhan melakukan penderaan seksual kanak-kanak di Mahkamah Isleworth pada Jumaat.

Sementara itu, Petley yang juga seorang jurutera automotif, mengaku 11 pertuduhan pada bulan lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dalam sidang mahkamah yang sama.

Pegawai Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) hanya dapat membongkar perlakuan kedua-dua individu itu ekoran satu siasatan terhadap seorang wanita dari Huddersfield, Jodie Little, 30, yang dipenjara selama 12 tahun dan empat bulan pada bulan Ogos lalu kerana penderaan seksual secara dalam talian (online).

Penyiasatan ke atas Little menemukan beberapa petunjuk baru, yang membawa kepada penangkapan Petley, yang dikenal pasti sebagai salah seorang pelanggan Little. - Metro.co.uk

upah, Skype, penderaan seksual

Artikel Lain